Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

Gempak
05/07/2024 13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.


Aksi cium kaki


Menurut pelakon yang sedang meningkat naik itu, dia perlu menjayakannya kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Bagi saya, ia sangat sukar untuk lakukan babak tersebut kerana pada masa itu, hujan yang sangat lebat diluar set penggambaran. Disebabkan hujan lebat, sekeliling saya banyak habuk, lumpur dan ada lalat juga.

“Saya perlu buat aksi cium kaki itu kerana ia tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon. Walaupun saya rasa babak itu jijik tapi saya harus lakukan dengan sehabis baik,” ujar Hariz kepada Gempak.


Ulang 3 ke 5 kali

Pelakon drama Bunga Salju itu turut berkata dia melakukan babak cium kaki itu sebanyak tiga ke lima kali.

“Banyak jugalah, Saya tak ingat sangat tapi dalam tiga ke lima kali,” katanya.


Menurut aktor berusia 22 tahun ini, ibu dan bapanya tidak mengetahui langsung tentang babak cium kaki itu.

“Ibu dan bapa saya ada dekat sini dan mereka pun baru saja tahu babak ini sebenarnya. Tengoklah apa yang bakal diterima. Harapnya diterima baiklah,” ujar Hariz.

Hafiz ketika ditemui pada majlis pra-tonton drama Astro Originals X-Change yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lakon Babak Seakan-Akan Bermesra, Ini Respons Hariz Hamdan…

ARTIKEL BERKAITAN: "Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

BERITA TRENDING: Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun


Sedia terima kecaman

Menganggap babak itu penting untuk dilakukan, Hariz juga sudah bersedia menerima segala kecaman daripada netizen.

“Pasti akan ada komen-komen kat luar sana yang tanya perlu ke aksi cium kaki. Tapi bagi saya, babak itu memang ditulis dalam skrip dan saya perlu jayakannya disebabkan ada sambungan dalam drama itu.


“Babak itu memang penting untuk plot drama X-Change. Bagi saya, karakter Qabil itu perlukan aksi untuk penceritaan drama X-Change,” katanya.

Sekadar info, Hariz Hamdan membintangi siri drama premium terbitan Astro Shaw yang berjudul X-Change sebagai Khalif.

Selain itu, Hariz Hamdan, drama X-Change turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Arfie Shah dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama terbaru dari Astro Original X-Change bermula 12 Julai ini setiap hari jumaat di Astro Premier dan strim di Astro Go dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

ATAU

Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang:

www.sooka.my

#Astro Originals #Cium Kaki #Hariz Hamdan #X-Change #Babak Lakonan
;