Nama penyanyi dan pelakon Chubb-E secara tiba-tiba ‘meledak’ di media sosial apabila beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita seksi tular.

Difahamkan, gambar berkenaan merupakan sedutan daripada video muzik lagu terbaharu nyanyian Chubb-E dan Zyc berjudul Rambang.

Berdasarkan dua keping gambar itu, kelihatan seorang model wanita yang sedang duduk di 'arm rest' kerusi diduduki Chubb-E.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, model berwajah Pan Asia itu cuma memakai jaket bagi menutupi lengan dan belakangnya manakala bahagian lain dibiarkan terdedah.

Malah, ada yang mendakwa penampilan model berkenaan terlampau seksi.

Turut kelihatan, beberapa jejaka yang diyakini penari dalam klip muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita bertelanjang terbabit.

Terbaru, Chubb-E turut dilihat bersuara mengenai gambar viral berkenaan menerusi Instagram Story.

Menurutnya, dia kecewa apabila gambar berkenaan sengaja disebarkan oleh individu tertentu dan tidak teragak-agak untuk mencari ‘dalang’ di sebalik kejadian berkenaan.

“Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau leak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau,” katanya.

Sekadar info, lagu dan video muzik Rambang bakal dilancarkan pada esok di semua platform penstriman muzik.