Laman Utama
Babak Peluk Keluarga & Suasana Kampung...Seandainya Kau Ada Sesuai Ditonton Di Musim Lebaran
Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam di rumah anda sejak 29 April lalu menerusi Astro First.
Berdasarkan respon para penonton, filem ini amat disukai jalan cerita dan kualiti keseluruhannya.
Apa yang penting, babak-babak peluk dan akrabnya hubungan dalam sebuah keluarga dapat disaksikan dalam filem ini.
Advertisement
Sedikit sebanyak, ia akan mengingatkan kita kepada ibu bapa atau adik beradik dan saudara mara yang jauh di mata.
Meskipun jarak masih membatasi kita daripada berjumpa mereka di bulan Syawal ini, namun kasih sayang dalam hati tidak akan pernah berubah.
Justeru, dengan masa yang ada sekarang ini, marilah kita mengambil kesempatan untuk sentiasa menghubungi ibu bapa, keluarga dan saudara mara untuk bertanya kabar dan melepas rindu menerusi panggilan telefon, video mahupun kiriman mesej.
Dalam pada itu, jika anda masih belum menonton Seandainya Kau Ada, jangan terlambat! Langganlah di Astro First (saluran 480) sekarang dan jadikan tontonan di rumah pada musim lebaran ini.
Dibintangi oleh Raysha Rizrose, Rauhainies, Fendy Bakry, Fauziah Nawi, Rozita Che Wan dan ramai lagi, filem ini pastinya menjanjikan kepuasan menonton untuk anda!
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton filem ini secara berulang dalam tempoh 48 jam selepas membuat langganan di Astro First.
Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video