Babak Sentuh, Hattan Minta Izin Ahirine - “Aku Dah La Kenal Bapa Dia, Segan”
Azwa Rahman
04/08/2022 05:31 MYT
04/08/2022 05:31 MYT
Penyanyi otai Datuk Hattan meminta izin terlebih dahulu kepada gandingannya, seorang pelakon baharu Ahirine Ahirudin untuk menjayakan babak berpegang tangan di dalam filem Gadis Jolobu.
Menurut Hattan, perbezaan umur yang agak ketara tidak menghalang dirinya dan Ahirine menjadi pasangan utama di dalam filem yang bertunjangkan budaya Negeri Sembilan ini.
“Aku takut jugak nak berlakon dengan dia pasal dia handal main tomoi. Aku ada cakap dengan Ahirine, okay ke kalau aku pegang tangan macam ni, dia kata okay.
“Aku dah la kenal bapak dia, seganlah aku. Tapi kita anggap macam anak-anaklah.
“Kalau ada yang pertikai pasal perbezaan umur tu, artis kita pun banyak kahwin dengan pasangan yang jauh beza umur,” ujarnya kepada Gempak.
Hattan ditemui selepas acara malam gala Gadis Jolubu yang diadakan di GSC The Starling, Petaling Jaya pada minggu lalu.
Memandangkan filem ini menggunakan dialek Negeri Sembilan, pelantun lagu Biso Bonar itu tidak kisah jika ia dihujani kritikan wargamaya terutamanya yang berasal dari negeri itu.
“Aku tiada masalah kalau ada orang kritik filem ini, kalau kritikan tu bagus, kita ambil. Jadikan ia pengajaran untuk masa depan. Kalau benda tu tak bagus, kita ignore je lah.
“Biasa dah tu, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Filem yang dah kutip RM90 juta pun orang kutuk, jadi takpe.
“Aku berharaplah kutipan filem ini dapat RM5 atau RM6 juta, dah bersyukur dah. Tak mahu letak sampai RM90 juta,” jelasnya lagi.
Filem Gadis Jolobu mengisahkan tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil, dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain difikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Selain Hattan dan Ahirine, filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Khir Rahman dan Joey Daud.