Baru-baru ini, drama bersiri Kisah Cinta Kita viral di laman sosial TikTok apabila satu babak yang menampikan pelakon utamanya, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikatakan mirip babak yang pernah disiarkan dalam drama bersiri Korea popular, Descendants of the Sun.

Menerusi babak berkenaan, Aedy yang memegang watak Amer dilihat menepis telefon bimbit yang dipegang oleh Amelia (yang memegang watak Aleesa) kemudian disambutnya dengan sebelah tangan.
@iamnaziera

Sama tapi tak serupa?? familiar kan? #fypシ #fyp #foryou #foryoupage #descendantsofthesun #ceritacintakita #kdrama #dramamelayu #masukberanda #drama

♬ Harleys In Hawaii - Katy Perry

Situasi tersebut sama dengan babak yang dilakonkan oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dalam siri popular berkenaan yang disiarkan pada tahun 2016 tersebut.

Meninjau ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat mengecam babak dalam drama berkenaan sehingga ada yang mengatakan ia ditiru bulat-bulat daripada siri Descendants of the Sun.

“Tengok K-Drama rasa OMG bila M-Drama jadi ermmmm,” tulis seorang netizen.

“Tolonglah jangan Melayukan K-Drama,” ulas seorang lagi penonton.

“Lol tiru frame for frame hahahahaha,” kata seorang pengguna TikTok pula.

Begitupun, tidak semua wargamaya mengutuk persamaan yang terdapat antara drama Kisah Cinta Kita dan Descendants of the Sun.

Menerusi ruangan komen yang sama juga, masih ramai yang memuji usaha produksi untuk mempertingkatkan mutul drama bersiri Melayu di mata penonton.

“Tidak mengapa, mereka cuma untuk improve M-Drama. Bukannya kita boleh cipta daripada mula pun. Sama ada tiru dulu dan lama-lama boleh pro atau inovasi,” ulas seorang netizen.

“Mereka cuba untuk improve M-Drama. Saya rasa kita perlu tengok dari sudut positif daripada membandingkan mana lagi bagus. Berbanggalah dengan pelakon-pelakon Malaysia,” kata seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menasihati orang ramai supaya tidak memperlekehkan drama Melayu.

“Aku pun peminat K-Drama tetapi tak payahlah nak duk agungkan sangat cerita depa tu. Support cerita Melayu apa salahnya dan tak payah duk nak perlekeh drama Melayu,” katanya.