gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Babak Tiz Zaqyah Mandi Dalam Drama ‘Liar’ Ada Mesej Tersirat - “Bagi Saya, Ambil Positif…”

gempak
Asyikin Mayudin
27/03/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
Babak Tiz Zaqyah Mandi Dalam Drama ‘Liar’ Ada Mesej Tersirat - “Bagi Saya, Ambil Positif…”
Pelakon Tiz Zaqyah menegaskan babak yang memperlihatkan sedikit badannya dalam drama siri terbaru Astro Original iaitu Liar bukanlah sengaja dipertontonkan kepada umum.
Sebaliknya menurut Tiz, babak tersebut menyampaikan mesej mengenai apa yang telah dilalui oleh mangsa rogol dan ia sepatutnya dilihat secara positif.
"Bukan sengaja nak tayang badan untuk ditonton orang pun, paling penting ialah mesej yang nak disampaikan kepada penonton tentang apa dilalui mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.
"Kalau ada mahu jadikan itu isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.
"Jika ada adegan keterlaluan, saya akan berbincang dengan pengarah dan ada juga saya tolak. Mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya," katanya kepada Gempak.
Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.
Manakala naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.
Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah yang juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini dan mereka mula berasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.
Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat.
Siapa yang bercakap benar? Liar menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.
Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.
Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00mlm di Astro Ria. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial, Instagram, TikTok, Twitter, Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Tiz Zaqyah
#Liar
#Drama Liar
#Astro Original
#Tiz
#Tiz Liar
#Tiz mangsa rogol
Must-Watch Video