Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Baby Ada Sedikit Batuk & Selesema…”- Tasha Manshahar Reda Bayi 3 Bulan Kena Covid-19

Syafiqah Jalal
14/02/2022 08:06 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar dan anaknya berusia tiga bulan, Mateen Rizqi disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Pun begitu, suaminya, Raqib Majib dan anak sulung dilindungi dan tidak dijangkiti wabak itu.

Menurut Tasha, 29, dia tidak mengalami demam panas dan masih mempunyai deria rasa seperti biasa.

“Pun begitu, tekak saya mula berasa sakit sejak Ahad lalu dan diikuti dengan sakit sendi dan hidung tersumbat,” katanya.

Pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu berkongsi perkara duka itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi Insta Story miliknya Tasha memberitahu bayinya pada mulanya negatif dan dia tetap menjaganya meskipun sudah disahkan positif Covid-19.

“Walaupun Mateen positif Covid-19 tadi, saya syukur dia dalam keadaan yang sihat, tiada simptom yang teruk. Tapi paling best dah tak perlu pakai mask dalam bilik bersamanya.

“Banyak usaha nak jaga Mateen supaya tak kena Covid-19 tapi tak mengapalah pengalaman ini berharga,” katanya reda.

Mengulas mengenai tahap kesihatan bayinya, Tasha bersyukur Mateen tidak mengalami syimptom yang teruk.

“Tiada simptom kecuali pagi tadi ada sangat sedikit batuk dan selesama. Sekarang dah tiada. Tak tahu bila masanya positif,” ceritanya.

Sekadar info, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi.
#Anak #Sakit #Tasha Manshahar #Baby #COVID-19
;