Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Baby Boy Saya Kuat!" - Anak Jaclyn Victor Alami Kecederaan Bahu

Asraf Aided 09/09/2020 | 05:55 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi mengenai kecederaan tulang bahu yang dialami oleh anak lelakinya, Jonah Joshiah Rivera.
Menerusi entri di Instagram, Jaclyn memuat naik foto hasil ujian x-ray yang menunjukkan keadaan tulang bahu anaknya itu.
Menurut Jaclyn, dia yakin bahawa Jonah merupakan seorang kanak-kanak yang kuat untuk berhadapan ujian sebegitu.
"Baby boy saya memang kuat, lagu yang akan dia dengar seumur hidupnya, tiada lagi 'monkeys jumping on the bed!" tulis Jac sebagai kapsyen.
Namun begitu, Jaclyn masih belum mendedahkan punca sebenar kecederaan itu setakat ini.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Jaclyn terkejut dan mengharapkan kesembuhan segera buat Jonah.

? ? My Baby Boy is such a strong one. The song he is gonna hear for the rest of his life. No more monkeys jumping on the bed!!!!

A post shared by JACLYN VICTOR (@jaclyn_victor) on

Terdahulu, Jac pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014.
Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktah pada sekitar Januari lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera dan Molly Marguerite Rivera.
#Penyanyi #Jaclyn Victor #Penyanyi
;