Laman Utama
“Baby Bump Ke Buncit?” Netizen Ragu-Ragu Perubahan Saiz Perut Isteri Haqiem Rusli
Isteri kepada penyanyi Haiqem Rusli, Anis Sofea sekali lagi menarik perhatian netizen. Selain isu aurat yang tidak pernah pudar, kali ini, fizikal Anis pula yang menjadi sasaran.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, ramai dalam kalangan pengikutnya bertanya jika saiz perutnya yang sedikit berbeza memberi tanda bahawa dia kini sedang mengandung.
“Nampak macam baby bump lah, congrats!”
“Wah ada baby bump, tahniah”
“Is it baby bump?”
Namun, tidak kurang juga ada yang bertanya jika perubahan saiz perut Anis itu tidak ada kena mengena dengan kehamilan.
“Baby bump ke buncit tu gang?”
Sungguhpun dihujani dengan pertanyaan yang bertanya mengenai keadaan terkini dirinya, Anis memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas komen-komen yang ditinggalkan.
Anis dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.
Must-Watch Video