Sekitar beberapa bulan lalu, khabar angin bertiup kencang berkenaan pelakon Intan Ladyana yang didakwa sedang hamil. Hal berkenaan disebabkan oleh penampilan Intan pada waktu itu yang kelihatan sedikit berisi pada bahagian perut.

Sungguhpun netizen telah mula membuat spekulasi mengenai kehamilannya, namun Intan memilih untuk senyap daripada memberikan sebarang kenyataan.

Begitu juga dengan suaminya, Harris Alif yang turut mengunci mulut daripada memberikan sebarang jawapan tentang khabar angin berkenaan.

Menerusi laporan media, Harris yang enggan memberikan sebarang komen hanya meminta peminat supaya mendoakan yang baik-baik terhadap isterinya.

Menurut Harris, dia dan isterinya bakal mengumumkan berita gembira tersebut apabila tiba waktunya.

Namun, mata netizen masih tajam meneiliti. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh jurusolek Adekkwan di akaun TikTok miliknya, netizen terus menebak tentang kehamilan Intan selepas melihat keadaan perut pelakon itu semakin membesar.
@adekkwann

saja try . mana le thu ##fyp ??

♬ bunyi asal - myulala_TCB

Menerusi video yang berdurasi enam saat itu, pengguna TikTok tidak putus-putus melayangkan ucapan tahniah selepas baby bump Intan dilihat semakin ketara.

“Baby bump ke tu? Wahhh rezeki,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Murah rezeki dia, lambat bertemu jodoh, tapi cepat dapat zuriat. Allah is the best planning,” komen seorang lagi wargamaya.

Dalam pada itu, seorang netizen turut meluahkan rasa teruja melihat perubahan pada Intan: “Setiap tahun nampak dia kurus je, tahun ni nampak comel je. Excited pulak!” kongsinya.

Intan, 39, dan Harris, 22, mendirikan rumah tangga pada Februari lalu. Hubungan cinta Intan dan Harris mendapat perhatian netizen memandangkan jarak usia mereka yang agak jauh iaitu 17 tahun.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!