“Baby Dah Nak Keluar Soon!”- Noor Nabila Minta Dipermudahkan

Syafiqah Jalal
Julai 17, 2018 10:36 MYT
Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Nabila mengumumkan bayi sulungnya bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Noor Nabila berkongsi berita tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Menurut isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu kesihatan bayi dalam kandungannya sihat.
Noor Nabila juga turut meminta agar mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
“Baby nak keluar dahh soon..!
“Baby sihat alhamdulillah dan maknya pun sihat jugak tak bagi chann.
“Doakan kami semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah Amin,” tulisnya
Sharnaaz dan Noor Nabila Mohd Noor berkahwin pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Teks: Syafiqah Jalal
Foto: IG @noornabila
#Anak #Neelofa #Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila