Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Baby Dan Mommy Sihat” – Kandungan Cecah Enam Bulan, Raf Pilih Nama Anak Bermula Huruf R

Mya Amri 22/09/2020 | 04:03 MYT
Pelakon Raf Yaakob memaklumkan kandungan isterinya, aktres Mawar Rashid kini sudah mencecah enam bulan.
Menurut Raf, dia bersyukur kerana isteri dan anak di dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
Malah Raf menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya juga memberitahu mereka kini sedang memikirkan nama anak.
“@mawarafjunior dah masuk enam bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua okay, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih duduk fikir-fikir lagi,” tulisnya.

@mawarafjunior da masuk 6 bulan usia dalam kandungan Mekwa. Alhamdulillah so far semua ok, baby dan Mommy sihat je. Nama je masih dok pikir2 lagi ? . Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang suggest nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl ?????

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Tambah Raf, nama anak mereka ini juga bakal bermula dengan huruf R.
“Sekarang dah ada RAYYAN, RAYSAA & RAFAEL. Cuba korang cadangkan nama yang bermula dari huruf “R” for baby boy or girl,” coretnya.
Terdahulu, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac 2019.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
#Mawar Rashid #Raf Yaakob
;