“Baby Girl...”- Sweetnya!Ini Respon Anak Syatilla Melvin Selepas Lihat Adiknya

Syafiqah Jalal
April 19, 2019 02:20 MYT
Video yang menunjukkan anak kepada pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam iaitu Syeriv Samheizy berjumpa adiknya yang baru dilahirkan pada 17 April lalu menarik perhatian peminat.
Menerusi video yang dimuat naik ke akaun Syeriv atau panggilan manjanya Matyip itu menunjukkan dia amat teruja untuk berjumpa dengan adiknya buat pertama kali.
Respon dan gelagat Matyip menarik perhatian pengikut laman sosialnya yang dianggap sangat comel dan bijak apabila dengan spontan menyebut “baby girl”.
Rata-rata juga terhibur melihat gelagat Matyip dan tidak sabar hendak melihat wajah anak kedua pasangan tersebut.
Matyip dilahirkan pada 9 Mei 2017.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Ferbruai 2016.
#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Baby #Matyip #Syeriv