"Baby Pian, Nobita, Ayda Jebat Lelaki" - Ubah Gaya Rambut, Sufian Suhaimi Dapat Pelbagai Gelaran

Amri Hassan
Mei 2, 2018 18:29 MYT
Selepas berjambang, penyanyi berbakat besar Sufian Suhaimi kini tampil dengan gaya rambut lebih segar dan trendy.
Selain mengubah gaya rambut, penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu juga membuang semua jambang di wajahnya.
Sufian tampil dengan gaya terbaharu sejak seminggu lalu dan bersetuju dengan panggilan Baby Pian oleh peminatnya.
"Ean is dead and gone. I'm Baby Pian now," tulisnya di Instagram.
Perubahan itu mendapat pelbagai respon peminat hingga ada yang menyapanya dengan pelbagai gelaran.
Nobita, Baby Pian, Ayda Jebat versi lelaki antara gelaran yang dilabelkan pengikut di laman sosialnya.
Selain itu, bekas tunang Elfira Loy itu juga disifatkan persis pelakon Hollywood antaranya Tom Holland (Spiderman) dan Charlie Puth Malaysia.
Jom lihat wajah terkini Sufian yang tampil lebih muda dan sempoi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sufiansuhaimi_
#Viral #Sufian Suhaimi #Viral #Baby Pian #Nobita