Laman Utama

Baby Shima Persoal Konsert Di Kelantan Didiamkan, PU Syed Balas: “Dalam Isu Di Kerteh…”

gempak
Syafiqah Jalal
20/09/2022
05:06 MYT
Sponsor Banner
Baby Shima Persoal Konsert Di Kelantan Didiamkan, PU Syed Balas: “Dalam Isu Di Kerteh…”
Nama PU Syed sering muncul antara pendakwah bebas yang bertegas menyuarakan bantahan terhadap konsert-konsert yang diadakan di Malaysia.
Terbaharu, penyanyi Baby Shima dakwa musykil mengapa PU Syed seolah-olah berdiam diri terhadap penganjuran konsert di Kerteh, Kelantan yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini.
Menerusi InstaStory di IG miliknya seolah-olah memerli tindakan PU Syed yang kali ini dilihat tidak membantah dan seolah-olah membenarkan konsert itu berlangsung.
“Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu. Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak.
“Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram..Amboi isu terpilih je ke berani,” tulisnya. Tidak berdiam diri, PU Syed menerusi kemas kini di akaun IG miliknya membalas kenyataan Baby Shima.
Menurut PU Syed dia tidak pernah sekali memilih atau mengecualilkan mana-mana artis untuk dibantah dari terus mengajurkan konsert.
“Menegur dan membantah disamakan seperti menyalak bagi artis ini.
“Jika beliau sebut ambe (saya) tak tegur ia amat silap sekali..dan buat pengetahuan beliau, ambe ni bukanlah hari-hari nak mencari mana tempat yang akan diadakan konsert kecuali semua itu diberitahu oleh orang lain.
“Dalam isu di Ketereh, ambe telah catatkan catatan (di Facebook) semalam semoga artis ini membacanya dgn baik supaya dia juga boleh mematuhinya.
“Jangan pula kata ambe berdiam diri dan memilih artis untuk ditegur,” tegasnya.
Difahamkan konsert yang dimasudkan adalah Konsert Wings yang berlangsung pada 18 September baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live