Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Babybump Intan Ladyana Raih Perhatian Netizen, “Makin Cantik Bila Jatuh di Tangan Lelaki Yang Tepat.”

Umirah Halim
02/01/2024 13:50 MYT
Pelakon Intan Ladyana didakwa sedang hamil anak kedua ekoran video yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi peminat di TikTok, netizen mendakwa fizikal Intan mengalami perubahan termasuk kemunculan ‘baby bump’ dan wajahnya yang semakin berseri.

Berita Trending: Jepun Rekod 29 Gempa Bumi Dalam Masa 2 Jam, Seorang Dilaporkan Meninggal Dunia

Selain itu, netizen turut mengagumi kejelitan pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya itu.

Di ruangan komen pula, ada juga segelintir yang memuji penampilan Intan yang lebih cantik berhijab.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon Harris Alif pada 5 Februari 2021.

#Intan #babybump #Ladyana