Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad berkongsi sepotong video sedang membaca berita untuk segmen Komuniti Awani ketika di studio Astro Awani.

Perkongsian itu dimuat naik hos Big Stage 2019 berkenaan menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Dalam video tersebut, Sherry membaca berita dengan menyelitkan sedikit unsur jenaka yang membuatkan ramai netizen terhibur.

"Kalau saya baca berita awak nak tengok tak?" tulis Sherry ringkas sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Sherry terhibur melihat gelagatnya, ada juga yang bergurau mengatakan Sherry kelihatan seperti berpidato.

"Macam berpidato, suka tengok gelagat Sherry ni.

"Ni tengah baca berita ke berpidato, confuse sis, jangan lah kelakar sangat!

"Wajib! Tak sabar nak tengok,"
tulis netizen.

Kalau saya baca berita awak nak tengok tak? #komunitiawani

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on


Selain Sherry, Komuniti Awani juga telah menampilkan barisan selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy, Sufian Suhaimi dan ramai lagi yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti.