Bacaan Kuning Tinggi, Anak Kedua Ali Puteh Masuk Hospital

Zulaikha Yusof
Ogos 13, 2019 21:12 MYT
nak kedua kepada pelawak Ali Puteh yang baru dilahirkan pada 6 Ogos lalu dimasukkan ke hospital kerana penyakit kuning (jaundice).
Menurut Ali tahap kuning anak perempuannya agak tinggi justeru terpaksa ditahan untuk dipantau.
Berita tersebut disampaikan menerusi sebuah entri di laman Instagram (IG) miliknya.
"Harini masuk wad, kuning naik tinggi..Doakan baby sihat ye semua. Esok walid datang tengok adik ok," tulisnya.
Rata-rata peminat mendoakan agar bacaan anak Ali kembali normal serta sihat seperti sediakala.
Ali dan isteri, Melati Fitri Abdullah bercinta sejak menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, bergelar suami isteri pada 28 Mei 2016.
Mereka telah dikurniakan seorang puteri, pada 4 November 2017 yang dinamakan Sharifah Nur Aaira Qaireen.
Dalam perkembangan lain, Ali bergandingan bersama Mamak Puteh dan Tomok berentap dalam program Muzikal Lawak Superstar.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
#Pelawak #Ali Puteh