Aktres Sweet Qismina mendedahkan pelakon Syafie Naswip adalah gandingan terbaik untuk bergandingan dalam lakonan.

Menurut Sweet, dia tidak malu atau kekok kerana Syafie seorang yang baik serta tidak lokek berkongsi ilmu.

"Dia menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah ada. Sekejap sahaja kami sudah serasi.

"Tahu kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea.

"Malah kami mampu mencipta sesuatu untuk setiap babak dalam lakonan. Tak rasa malu atau kekok untuk bekerja.

"Saya amat kagum dan menghormati dia lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia anak didik arwah Yasmin Ahmad.

"Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura. Abang adalah orang yang paling sesuai untuk bercakap dan bincang mengenai dunia seni.

"Dia banyak mengajar saya. Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri.

"Kami rezeki tak menentu, jadi kami perlu rancang untuk jimat dan 'roling' duit untuk segala benda.

"Mungkin sebab kami berdua bermula dari kecik, sebab itu saya faham segala benda yang dikongsi," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) sempena hari lahir Syafie baru-baru ini.

Tambah pemilik nama Farhanna Qismina Supandi ini, dia berpesan kepada netizen supaya bersedia untuk memohon maaf untuk segala tomahan yang telah dilemparkan jika Syafie tidak bersalah.

"Mengenai perihal kehidupan dia, saya tiada hak untuk berkata apa-apa. Walaupun ramai yang bertanya kepada saya mengenai dia kerana kami banyak berlakon bersama.

"Apa yang saya boleh katakan kalau abang buat silap pasti akan dimaki, tapi adik tahu abang takkan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh.

"Kepada semua, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya.

"Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf dosa kemudian buat bodoh pulak okey?" tulisnya lagi.

Terdahulu Syafie dan aktres Aishah Azman yang merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz bertunang dalam satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019.

BACA: "Kalau Nak Tunggu Bersedia Sampai Bila-Bila Pun..." - Majlis Pertunangan Syafie & Aishah Penuh Romantis

Selepas itu, Gempak melaporkan ikatan pertunangan Syafie dan Aishah putus di tengah jalan.

BACA: Eksklusif: Ikatan Pertunangan Syafie Naswip Dengan Aishah Azman Terlerai

Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.

Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.

Kemudian, Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun membelasah bekas tunangnya.

BACA: Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Songsang!

Pelakon lelaki itu datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada 26 Jun lalu.

BACA: Gara-Gara Didakwa Tumbuk Bekas Tunang, IG Syafie Naswip Diserang ‘Tentera Bawang’

BACA: "Yang 2 Alam Dilarang Sama Sekali" - Beri Amaran, Afiq Muiz Ulas Kontroversi Putus Tunang Aishah Azman?

Ramai netizen mula berspekulasi dan mendakwa pelakon lelaki yang dimaksudkan itu adalah Syafie.

This guy, has been one of the best sparring to work with ever. We clicked in just a second. Why? We literally can sit down & share ideas, expand ideas, even create ideas of what we wanted to do for each and every scenes. Tak rasa malu, tak rasa kekok nak kerja. I adore and respect him especially when I knew, dia anak didik arwah Yasmin Ahmad. Yes, he’s a very pure low profile genuine guy. The best Abang to borak and share about dunia seni ( ilmu dia banyak gila he taught me A LOT example pasal WHAT. IS. METHOD. ACTING ). Sangat susah nak tengok dia mengamuk. He even ajar me sabar when it comes to rezeki dalam industri. Kami rezeki tak menentu, so we have to plan on how to save & rolling duit segala benda. Mungkin sebab we both dah start dari kecik, that’s why I faham segala benda yang dikongsi. About his life, I don’t have rights to respond anything act although ramai tanya ( probably sebab we’ve been working banyak kali ). What can I say is, Abang, hang buat silap memang kami maki, tapi adik tahu, you will never do something stupid without any solid reason. And for others, if dia salah, he will take responsibility and apologise. Otherwise, Get your damn responsibility and do apologies to him. Jangan dah jadi golongan waqaf dosa then buat bodoh pulak okay? Take care and Happy Birthday Abang @syafienaswip ! Better late than never kan? ??? #fqs

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on