Dek bimbangkan kesihatan anak sulungnya, Arif Jiwa, pelakon dan usahawan Tya Arifin akhirnya memutuskan untuk melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan di ibukota baru-baru ini.

Dedah Tya, anak lelakinya itu mengalami beberapa gejala antaranya susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.

"Saya bawa Arif ke klinik sebab dia susah nak bernafas kalau waktu malam, ada masalah bersin-bersin. Suka datang suka pergi dan datang lagi.

"Pergi ke klinik, ingatkan batuk atau selesema, minumlah ubat. Pergi ke TNT juga, sekejap hilang dan datang lagi.

"Kerana tak puas lagi, datanglah ke doktor untuk ujian alergik," kongsi Tya bersama sepotong video bersama Arif melakukan ujian terbabit.

Hasil daripada ujian yang menelan kos sekitar RM700 hingga RM1,000 itu, Arif mengalami alergik pada debu.

"Ingatkan sebab tak boleh minum susu, makan kacang atau keju. Buat juga ujian haiwan peliharaan.

"Tapi hasilnya, Arif memang alergik debu," tambah Tya.

Justeru, Tya berpesan agar sentiasa menjaga kebersihan kediaman termasuk menukar sarung bantal, karpet dan langsir.

"Kena selalu lihat kebersihan karpet, bantal dan langsir. Tukar lima ke tujuh hari sekali.

"Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. Elakkan tempat berkapet.

"Jadi ibu-ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif kena tahan makan coklat, keju dan sebagainya. Ternyata debu je," kata Tya lagi.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)


Untuk rekod, Arif Jiwa, 2, merupakan anak sulung kepada Tya dan Asyraf Khalid yang telah berkahwin pada 1 November 2015.

Tya menimang cahaya mata kedua, Azzahra Jiwa Asyraf pada Mei 2019.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!