“Badan Cepat Sakit-Sakit…”- Wawa Zainal Dedah Tak Jaga Pantang

Syafiqah Jalal
Disember 5, 2019 09:34 MYT
Pelakon Wawa Zainal akui kesal kerana tidak menjaga pantang sewaktu melahirkan dua orang anaknya sebelum ini.
Menurut isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, perkara itu membuatkan badannya sering mudah sakit.
Kini, selepas melahirkan bayi ketiga pada 1 Disember lalu, Wawa berazam untuk menjaga pantangnya dengan baik.
“Best juga berpantang ni… Sebelum ni Wawa tak pantang betul-betul.. Jiwa muda katakan rasa badan sihat je.. Tapi sekarang dah nak masuk 3 series ni kena la pantang betul-betul.
"Jadi nekad untuk pantang betul-betul walaupun jiwa ni sebenarnya nak masuk office dah.. Tak keruan fikir apa jadi dengan @wawacosmeticshq sekarang.
“Nasib baik la Aeril belum shooting lagi. Kalau tak, tak jadi lagi pantang betul-betul... Eh korang kena pantang betul-betul tau.
“I tak jaga pantang dua anak sebelum ni badan cepat sakit-sakit.. Tak sure sebab dah tua or memang sebab tak jaga pantang,” tulisnya.
Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pasangan itu memilih nama yang cukup indah buat bayinya iaitu Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.