“Badan Gigil, Demam, Pinggang Sampai Kaki Macam Hilang Rasa” - Nadya Syahera Kongsi Dugaan Bersalin Anak Ketiga
Mya Amri
28/03/2022 00:02 MYT
28/03/2022 00:02 MYT
Pelakon Nadya Syahera selamat melahirkan anak ketiganya pada Jumaat, 25 Mac lalu.
Bagaimanapun menerusi entri terbaharu di akaun Instagramnya, Nadya berkongsi dugaan bersalin kali ini tidak mudah kerana pelbagai kejadian berlaku sebelum menyambut kelahiran anak lelakinya yang diberi nama Muhammad Barr Adam.
Menurut Nadya, dia mengalami sakit pinggang hingga ke bahagian kaki, menggigil dan demam sebelum dimasukkan ke bahagian kecemasan di sebuah hospital.
“Dari awal mengandungkan baby nombor tiga ni, hari-hari minta Allah permudahkan urusan bersalin. Walaupun pada peringkat awal sampai lah 3rd trimester macam-macam juga ujian, tapi penghujungnya sangat mudah.
“Niat nak bersalin hari Jumaat, waktu subuh, tak nak sakit lama-lama, tak nak lama-lama dalam labour room.
“Allah izinkan semua tu. Bila fikir balik, termenung kejap. Macam tak percaya Allah hadiahkan semua tu.
“Mula sakit pukul 1 pagi macam tu, tapi boleh layan lagi. Pukul 2l lebih tiba-tiba badan menggigil teruk, sejuk teramat.
“Pergi tandas ada darah turun. Tapi masih tak nak pergi hospital. Tahan punya tahan. Dalam 4:30 am dah tak boleh tahan sangat dah.
“Pinggang sampai kaki macam hilang dah rasa. Terus ke hospital, lebih kurang pukul 5 am macam tu masuk kecemasan.
“Bukaan dah 6 cm. Keadaan baby dan i jantung laju, saya demam 38.6 . Sempat makan panadol,” tulisnya.
Namun kata Nadya, segala dugaan yang berlaku itu digantikan dengan kurniaan dipermudahkan proses bersalin.
“Sakit dah 1 minit sekali. Tepat 6:00 am masuk labour room dan 6:24 am lahirlah seorang lagi anak lelaki ku ke dunia.
“Keluar je baby terus hilang segala sakit sblm bersalin td tu. Hebat perancanganNya. Alhamdulillah untuk semuanya,” kongsi Nadya.
Nadya dan Fizul Nawi mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 5 dan terbaharu, Mohammad Barr Adam.