Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Badan Jadi Merah & Mula Batuk-Batuk” - Bayi Nyaris Maut Selepas Tertelan Hand Sanitizer

Hanafis Haris
25/09/2020 05:12 MYT

Penggunaan pensanitasi tangan atau ‘hand sanitizer’ pastinya telah menjadi amalan wajib dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Walaubagaimanapun, pembukusan bahan itu haruslah tepat supaya tidak mengelirukan warga tua ataupun kanak-kanak.

Silap langkah, pasti ada yang terkorban jika tertelan bahan yang mengandungi alkohol berkenaan.

Itulah yang terjadi pada seorang kanak-kanak apabila dia nyaris maut selepas diberi makan oleh neneknya.

Situasi cemas itu berlaku di Ottawa, Kanada apabila badan bayi berusia 18 bulan dikenali sebagai Logan menjadi merah selain dia mulai batuk-batuk.

Difahamkan, cecair ‘hand sanitizer’ itu dibungkus cantik seperti produk makanan bayi.

Malah, pembungkusan produk tersebut yang dihiasi dengan gambar kartun dilihat sangat mirip dengan produk makanan dan minuman kanak-kanak.

Logan dikatakan sudah 'tertidur' kira-kira lima minit sebelum anggota paramedik tiba dan bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, ibu Logan, Nikki Teixeira yang bimbang kejadian sama berulang mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli ‘hand sanitizer’ yang dibungkus mirip bungkusan makanan.

"Tolong jangan beli paket comel pensanitasi tangan ini. Ia mudah disalahertikan sebagai bungkusan makanan. Saya sangat berharap ia tak berada lagi di rak jualan.

Sementara itu, syarikat Smart Care yang mengusahakan produk itu dikatakan sudah menarik balik barang itu dari pasaran.

"Keselamatan adalah keutamaan nombor satu. Kami sudah menggantikan bungkusan itu bagi mengelak salah faham," kata jurucakap syarikat itu.

Sumber : ABC News



#Covid19 #HandSanitizer
;