Pelakon popular, Nabila Huda akui penat dan mengantuk ketika menghadiri Anugerah Skrin 2019 yang berlangsung Jumaat lalu.

Ia disebabkan Nabila baru sahaja pulang dari melancong di New Zeland dan tidak mendapat rehat yang cukup.

Perkara itu dikongsi Nabila menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

"Rule No 1 - Jangan pergi majlis masa mengantuk!

"That moment bila kau baru je sampai Malaysia, masih jet lag, penat dan sangat mengantuk tapi kena pergi majlis penting, front row!

"Dan masa tu juga lah ada performance melibatkan kena ikut step pulak..jahanam..rosak karier aku, sorry @tv3malaysia!

"Tapi seriously, malam tu badan Abil je kat situ tau..Abil tak wujud, dia tidur.." tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tetap memuji semangat Nabila yang masih hadir ke acara itu meskipun penat.

Rule No 1- JANGAN PERGI MAJLIS MASA NGANTUK! That moment bila Kau Baru je sampai malaysia, masih Jetlag , Penat Dan sangat ngantuk Tapi kena Pergi majlis penting...Front row siol! Dan...masa tu jugak laaaaa ada performance melibatkan kena ikut step pulak..jahanam..rosak career Aku..Sorry @tv3malaysia !!Hahahhahaha!!Tapi seriously,malam tu badan abil je kat situ tau..abil tak wujud,Dia tidur..??‍♀️?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Dalam ASK 2019, Nabila telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi Dia Tak Berdosa.

Drama bersiri Di Sisi memenangi lima trofi menerusi kategori Drama Terbaik, Pengarah Terbaik (Wan Afzam Wan Daud), Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ruzaidi Rahman).

Filem arahan Namron, One Two Jaga berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019).

Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Zahiril Adzim) dan Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq).