Penyanyi Stacy Anam mengakui bersyukur apabila dia dapat menurunkan berat sehingga mendapat bentuk badan yang diinginkan

Menerusi entri di Instagram (IG), Stacy menjelaskan penurunan berat badannya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan.

"Bila sudah kurus ni rasa ringan sangat badan ni mau dance pun rasa enjoy. Segala pergerakan pun jadi macam iklan Anlene.

"Insya-Allah kita tidak sakit tau, cuma mungkin kesan lepas beranak dan ke gym haritu dan amalkan masa makan cara yang sihat.

"Jenis badan kita semua pun lain-lain jadi mari kita bersyukur dan happy-happy lah setiap apa yang ada selagi tidak jatuh sakit dapat senyum nampak keluarga tersayang, itulah nikmat kehidupan Aaminn.

"Jangan stress sebab badan gemuk atau terlalu kurus tau, nanti jadi lagi stress pastu semua pun tambah jadi lagi Bida chingggggg!!

"Jom terus berkhayal cerita best untuk elak segala stress yang mendatang sambil-sambil kita melayan lagu KHAYAL Sampai ke Bulan," tulisnya.

Bila sudah kurus ni rasa ringan sangat badan ni mau dance pun rasa enjoy.?? Segala pergerakan pun jadi macam iklan Anlene? In Sha Allah kita tidak sakit tau cuma mungkin kesan lepas beranak dan ke gym haritu dan amalkan masa makan cara yang sihat. Jenis badan kita semua pun lain-lain jadi mari kita bersyukur dan happy2 lah setiap apa yang ada selagi tidak jatuh sakit dapat senyum nampak keluarga tersayang, itulah nikmat kehidupan Aaminn. Jangan stress sebab badan gemuk atau terlalu kurus tau, nanti jadi lagi stress pastu semua pun tambah jadi lagi Bida chingggggg!! Jom terus berkhayal cerita best untuk elak segala stress yang mendatang sambil-sambil kita melayan lagu KHAYAL Sampai ke Bulan!!❤️❤️ . #flawlesskeranafilter? #bersyukurselalu #tipsnyajanganstress #tulangmemangkecil

A post shared by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji bentuk badannya dan mahu Stacy berkongsi tips yang diamalkan untuk menurunkan berat badannya.

"@van_nessayang: Lawa badan sis Stacy ini tau. Lagi kurus dari badan yang sebelum punya anak nampak lagi awet muda ni. Kurus tapi berbentuk nampak lawa sangat. Bagi dulu apa tips cantikkan badan?"

"@celnie_dionysia: Perrghh. Terus nampak macam 18 tahun. Macam masuk zaman AF dulu. @stacyanam mummy hot."

"@Kimm: Yeahhhh betul kata-kata @stacyanam. Janji kita sihat walau kita gemuk atau kurus. Apa rahsia Stacy?"


Untuk rekod, Stacy berkahwin dengan suaminya Akim Ahmad pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang zuriat bernama Eshaal, 2.

Sebelum berkahwin dengan Akim, Stacy mempunyai seorang anak angkat, Bella.