Hiburan
Badan Lebam, Dua Batang Gigi Retak - Pengorbanan Charlize Theron Untuk Filem Atomic Blonde
Pelakon Hollywood, Charlize Theron terpaksa menjalani pembedahan memperbetulkan giginya yang retak selepas melakukan babak bergaduhan untuk filem terbarunya, Atomic Blonde.
“Kejadian itu berlaku ketika sesi latihan berlangsung untuk bulan yang pertama. Saya tidak menjangkakan tentang perkara itu dan berasa pelik kerana mengalami sakit gigi yang teruk.
“Sehinggalah saya mengambil inisiatif untuk ke klinik pergigian dan doktor memberitahu mengenai kecederaan yang saya hadapi.
“Doktor menasihati supaya saya menjalani pembedahan sebelum berangkat ke lokasi penggambaran di Budapest,” katanya seperti yang dilaporkan portal Variety.
Selain gigi retak, antara kecederaan yang dialami oleh Theron adalah lebam-lebam dibahagian badan dan juga kaki terseliuh.
Bagaimanapun, itu tidak menjadi satu masalah buat Theron untuk terus melakukan aksi lasak sendiri.
Sebagai bukti, pelakon Hollywood terkenal ini telah menjalani latihan selama dua bulan selama empat jam setiap hari.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Atomic Blonde arahan David Leitch di Malaysia bermula 27 Julai ini.
Must-Watch Video