“Badan Rasa Segar, Dah Boleh Bau Tapi Belum Sepenuhnya” – Alhamdulillah, Nabila Huda Semakin Pulih

Mya Amri
Mei 18, 2021 09:47 MYT
Pelakon, Nabila Huda melahirkan rasa syukur kerana dirinya semakin pulih selepas dijangkiti COVID-19.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Nabil memaklumkan badannya terasa semakin segar dan deria rasa juga telah kembali walaupun masih belum sepenuhnya.
“Hari ini adalah hari kesembilan kuarantin. Saya semakin pulih dan kuat! Pagi ini bangun badan rasa segar. Abil dah boleh bau dan rasa tetapi bukan 100 peratus lagi lah.
“Tetapi saya tetap bersyukur. Emosi pun dah kembali stabil. Saya boleh rasa kulit saya dah kembali berseri. Ye lah bila kita sakit kan kulit kita macam kusam, bibir macam lebam. Tu pun punca sbenarnya buat kita hilang semangat tau. Haha,” coretnya.
Dalam pada itu, Nabila juga memberitahu doktor akan ke rumahnya hari ini untuk melalukan ujian calitan pada dirinya dan suami.
“Hari ini doctor akan datang rumah untuk buat swab test saya dan juga suami. Walau apa pun terjadi saya memang tak akan langkah keluar dari rumah ni untuk pergi mana-mana.
“Cukup lah kita teraniaya sebab manusia yang tidak bertanggungjawab. Abil doakan korang semua di jauhi lah dari penyakit jahat ni. Amin! Okay korang, satu hari lagi! Saya boleh lakukan!” coretnya.
Terdahulu, bapa Nabila iaitu penyanyi rock terkenal, Amy Search sendiri mengesahkan anak kesayangannya itu dijangkiti COVID-19.
#Nabila Huda #COVID-19