Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Badan Sejuk Sendi Sengal, Demam Kuat” - Kongsi Efek Vaksin Dos Kedua, Ini Nasihat Dr Say

Mya Amri 03/05/2021 | 07:00 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi pengalaman pengambilan vaksin untuk dos kedua.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, Dr Say memberitahu kesan dos kedua ini sangat berbeza berbanding yang pertama.
Menurut Dr Say antara kesan yang dirasainya adalah sakit sendi dan juga demam.
“Ramai yang warning cakap "doc tunggu lah penangan 2nd dose nanti” dan atas sebab amaran mereka ni, saya kosongkan jadual.
“Kata mereka benar, penangan vaksin 2nd dose WAS REAL. Kalau 1st dose rasa macam bini berleter yakni masuk telinga kiri keluar telinga kanan di mana tak rasa apa-apa.
“Petang lepas 2nd dose rasa macam kata-kata, teguran dan bebalan bini selama ni were right yakni terasa kesan sampingannya.
“Badan terasa sejuk, sendi sedikit sengal, badan cukup penat. Saya telan ubat demam dan tidur.
“Sahur tadi terasa dedar maka telan lagi ubat. Sekarang demam kuat, suhu 38.2C. Mujur sesangat saya kosongkan sebab lemau dia sukar digambarkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Dr Say juga memberikan nasihat dan penjelasan kepada orang ramai yang masih skeptikal dengan pengambilan vaksin.
“Apa yang menariknya ramai golongan warga emas ambil vaksin sekali dengan saya. Rupa-rupanyanya hari Isnin baru ni fasa 2 dah bermula yakni pemberian vaksin kepada warga emas berumur 65 tahun, golongan berpenyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, hypertension & OKU.
“Kalau parents kalian tergolong dalam kumpulan fasa 2 ni tolonglah update MySejahtera mereka from time to time sebab vaksin will help a lot in protecting them.
“Saya tahu ada yang masih skeptikal dengan vaksin ni katanya “kenapa boleh kena Covid lagi walaupun dah dapat vaksin?”.
“Meh saya beri perumpamaan mudah. VAKSIN NI IBARAT SEATBELT dalam kereta kita. Adakah seatbelt memberi perlindungan kepada kita?
“Yes, sama macam vaksin. Adakah seatbelt melindungi kita 100%? Tak, sama mcm vaksin. Kalau kita eksiden, adakah seatbelt mengurangkan keterukan kepada kita?
“Yes, sama macam vaksin. Adakah dengan pakai seatbelt buat kita boleh drive laju dan gila-gila? Tak, sama macam vaksin yakni mask, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan masih perlu diamalkan.
“Kesimpulannya dapat vaksin doesnt mean kita boleh jadi kebal dan alpa, kita masih boleh dijangkiti COVID-19 cuma mungkin severitynya berbeza,” jelasnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

#Dr. Say Shazril #Vaksin #Dr. Say #Dr Say #Dr Say Shazril #Dos Kedua
;