"Badan Tak Boleh Tahan, Ada Masa Berdarah Tanpa Henti..." - Azharina Gagal Tahan Sebak, Dedah Hidap Penyakit Kencing Manis
Amri Hassan
08/06/2024 09:12 MYT
08/06/2024 09:12 MYT
Penyanyi Azharina gagal menahan sebak ketika mendedahkan dirinya didiagnosis menghidap penyakit kencing manis.
Jelas Azharina, tanda awa yang dialami sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut apabila dia sentiasa berasa dahaga dan sering membuang air kecil.
"Sejujurnya saya telah didiagnos hidap kencing manis pada November tahun lalu.
"Semasa di Australia ketika itu saya ada berjumpa dengan doktor pakar sebab saya selalu sakit, rasa sangat haus dan asyik buang air kecil. Doktor pun bagi nasihat," jelasnya menerusi temubual No Filter di Gempak.
Tambah pelantun lagu Elegi Sepi itu lagi, dia menjalani pemeriksaan kesihatan yang mana mendapati dirinya berpotensi menghidap kanser.
Azharina turut memaklumkan bakal melakukan rawatan susulan sama ada perlu menjalani pembedahan atau proses kemoterapi.
"Kemudian, semasa GV All Stars bermula pada September, saya ada buat pemeriksaan kesihatan pada Ogos.
"Keputusan kesihatan semua okay, tetapi bacaan untuk kanser sangat tinggi. Doktor nasihatkan saya untuk jalani MRI. Tetapi kerana tidak mahu ada gangguan, saya minta izin untuk buat MRI selepas GV habis.
"Untuk mereka yang tidak tahu, selain saya memberi komitmen dalam GV All Stars, saya juga harus menguruskan syarikat dan memikul tanggungjawab sebagai ibu. Jadi badan saya sangat penat.
"Sampai tahap setiap minggu ketika bertanding, saya kena ambil drip daripada doktor. Badan saya sampai tak boleh tahan, ada tahap sampai berdarah tanpa henti. Bermula dari minggu keenam hingga minggu final.
"Keputusan pemeriksaan yang saya terima ada yang kurang enak, doktor kata sama ada akan buat pembedahan atau mungkin jalani rawatan kimoterapi," tambahnya.
Jelas Azharina, tanda awa yang dialami sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut apabila dia sentiasa berasa dahaga dan sering membuang air kecil.
BERITA TRENDING: Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”
BERITA TRENDING: Azharina Menangis, Jujur Cerita Tentang Jadi Ibu Tunggal | No Filter - EP07
"Semasa di GV All Stars saya tidak mahu bercerita tentang perkara ini (sakit) sebab saya rasa bukan waktu dan masa yang sesuai untuk dikongsikan."Sejujurnya saya telah didiagnos hidap kencing manis pada November tahun lalu.