,
Sukan

Badminton, Terjun Digugurkan Pada Sukan Komanwel 2026

Gempak
22/10/2024
18:55 MYT
Badminton yang merupakan antara penyumbang pingat untuk negara di Sukan Komanwel telah digugurkan daripada temasya tersebut yang akan diadakan di Glasgow, Scotland pada 23 Julai sehingga 2 Ogos 2026.

Hanya 10 Jenis Sukan Dipertandingkan

Berdasarkan kenyataan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan pada edisi tersebut berbanding 19 jenis sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham England.
Sukan yang akan dipertandingkan iaitu olahraga dan para (trek dan padang), renang dan para renang, gimnastik artistik, trek berbasikal dan para trek berbasikal.
Selain itu, bola jaring, angkat berat dan powerlifting, tinju, judo, boling padang dan boling padang para, bola keranjang tiga lawan tiga dan bola keranjang kerusi roda tiga lawan tiga.
Mengulas mengenai ketiadaan sukan utama negara tersebut pada edisi Komanwel kali ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerima keputusan Glasgow itu dan memahami usaha menjadikan Sukan Komanwel 2026 berdaya maju dari segi kewangan.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, langkah itu tidak dapat dielakkan, mengikut masa dan keperluan susulan penarikan diri Victoria, Australia tahun lepas.
"Fokusnya adalah untuk menjadikan sukan yang boleh mencapai kualiti tertinggi dari segi kewangan dengan cara yang mampan.
“Dalam bergerak ke hadapan, terdapat keperluan untuk mengutamakan perkara yang paling penting kepada atlet dan sukan.
"Oleh itu, kami menerima hakikat Glasgow 2026 akan menjadi lebih kecil daripada sukan sebelumnya dengan mengorbankan sukan yang kita hebat seperti badminton, akuatik - terjun, hoki dan skuasy," katanya dalam satu kenyataan.
Pada Selasa, Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) secara rasmi mengesahkan Glasgow sebagai tuan rumah dan menjadikan ia edisi kedua dianjurkan Scotland selepas edisi 2024.
Sebelum ini, Malaysia juga pernah ditawarkan menjadi tuan rumah edisi 2026 itu tetapi membuat keputusan menolak tawaran tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut melihat penganjuran kali ini akan menjadi peluang untuk menetapkan pelan tindakan baharu untuk masa depan sukan Komanwel yang mampan.
“MOM akan membincangkan strategi yang diperlukan untuk menghadapi isu ini dengan pihak yang berkaitan
"Pihak berkepentingan, termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA)," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

gempak
17/10/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Sukan

Sze Fei-Nur Izzuddin Cipta Magis, Juara Terbuka Artik

gempak
13/10/2024
22:45 MYT
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen, di Vantaa pada Ahad.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Kena Grip Kepala Dengan Elizabeth Tan Dalam MMA

gempak
10/10/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Berita

Astro Naik Taraf Barisan Saluran Sukan

gempak
09/10/2024
09:23 MYT
Selaku ‘Home of Sports’, Astro hari ini telah mengumumkan bahawa saluran sukan Astro akan mengadakan naik taraf dengan memperbaharui nama dan juga nombor saluran, memberikan fokus lebih spesifik kepada sukan tertentu bermula pada 17 Oktober 2024.
BorakSeeni