Badrol Shah Trauma – “Petang Semalam Doktor Kata Isteri Saya Meninggal, Malam Tadi Kata Nazak Pula…”
Gempak
11/08/2021 07:32 MYT
11/08/2021 07:32 MYT
Pelakon Badrol Shah akui trauma dan keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.
Semalam, Badrol Shah atau Bard berkongsi khabar duka mengenai isterinya, Farah Shila Mazlan yang dimaklumkan sudah meninggal dunia oleh pihak hospital.
Bagaimanapun pada sebelah malam seorang doktor lain pula menghubungi Bad dan memaklumkan isterinya sedang nazak dan belum meninggal dunia.
“Petang semalam, doktor menghubungi saya mengatakan isteri sudah meninggal. Di sebelah malam pula, seorang doktor lain pula memaklumkan isteri sedang nazak dan belum meninggal dunia.
“Selepas diberitahu tentang isteri sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook sebab andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.
"Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham," katanya.
Tambah Bard lagi, apa yang berlaku menyebabkan dia trauma.
"Ada yang kata saya menipu dan cuba meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut. Sedangkan saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya,” katanya kesal.
Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat sudah sembilan hari dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Bard sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.