HIBURAN
Bagai Tak Dimamah Usia, Ini Rahsia Nabil Ahmad Kekal Muda - “Kalau Orang Rendam Muka, Saya…”
Pengacara dan penyampaoi radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur apabila ramai yang memuji penampilannya yang masih kelihatan muda meskipun sudah mempunyai tiga cahaya mata.
Menurut Nabil, dia sendiri terhibur apabila ada pihak yang menyangka dirinya seperti abang kepada anaknya, Nayla Mikayla.
“Bila ada yang kata saya macam abang adik bangga la juga tapi saya risau kalau saya nampak muda dan anak pulak yang nampak tua.
“Tapi saya gembira sebab anak dah membesar dan saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kami dekat video itu, terima kasih sangat-sangat,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai rahsia awet mudanya, pengacara berusia 41 tahun itu berkongsi dia kini memberikan fokus kepada senaman dan juga menjaga pemakanannya.
Malah, Nabil juga berkongsi dia kini suka melakukan rutin ‘ice bath’ dirumah.
“Wuduklah (berseloroh), ada banyak faktor juga saya tak tahulah tapi orang yang nampak. Alhamdulillah tapi risau juga nanti dah happy-happy tiba-tiba nampak tua pulak muka. Saya banyak senaman, jaga makan dan saya amalkan mandi ais setiap hari dalam 3-4 minit kalau orang rendam muka, saya rendam satu badan,” ujarnya.
Terdahulu, Nabil Ahmad menyorot perhatian netizen selepas tampil dalam sebuah video bersama anaknya, Nayla Mikayla.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad,41, membuat satu trend TikTok iaitu Illegal.
Namun, bukan trend video itu yang menjadi bualan utama netizen sebaliknya wajah Nabil yang kelihatan muda hingga disangka sebagai abang kepada anaknya sendiri.
Must-Watch Video