Usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof mengesahkan dirinya kini hamil anak keempat.

Berita itu dikongsikannya pada lewat malam semalam menerusi akaun Insatgram miliknya.

Sebentar tadi, Vivy berkongsi rakaman video ketika pertama kali dia membuat kejutan buat suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar sempena hari jadinya yang lalu.

Apa yang melucukan, Fadza seolah-olag bagai tidak percaya dengan berita tersebut sehingga bertanya pelbagai soalan.

“Fadza's reaction to Baby No 4.

“So many questions. How, when, what, whose also. I gave it to him on his birthday and he thought I bought him a dUCk phone cover
...” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun IG miliknya, Vivy meletakan alat ujian kehamilannya di dalam sebuah kotak jenama produknya, Duck dan Fadza terkejut melihat isi dalamnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja serta lucu menonton video yang dikongsikan.

Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, mereka dikurnikan tiga orang cahaya matai aitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)