Filem pertama arahan dan terbitan Mawi, Tiada Tajuk, bakal menemui penonton pada 4 April ini. Ketika ini promosi filem Tiada Tajuk sedang dijalankan.

Selain promosi, Mawi turut berkongsi cerita sebalik tabir tentang filem sulungnya itu.

"Waktu aku menulis skrip bersama sahabat aku @rahman_saharddin & @ken.ridzuan memang kami wujudkan watak sebegini.

Waktu tu aku terfikir siapa agaknya pelakon yang boleh bawa watak macam ni," tulis Mawi pada satu entri video di Instagramnya.

Menurut Mawi, selepas beberapa bulan, dengan izin Allah dia bertemu dengan seorang jurusolek artis di set penggambaran filem Munafik 2 yang mengelarkan dirinya Nana Why Not.

"Aku perhati je dia ni. Telatah dia selalu buat aku ketawa.Hahaha! Dalam hati aku pecah weiii dia ni.

"Aku terus test dia,bagi dia dialog minta dia berlakon. Dia pun dgn selamba hembus! Terus pecah semua orang yang ada kat situ.

Waktu aku menulis skrip bersama sahabat aku @rahman_saharddin & @ken.ridzuan memang kami wujudkan watak sebegini.Waktu tu aku terfikir siapa agaknya pelakon yang boleh bawa watak macam ni.. Selepas beberapa bulan, dengan izin Allah aku ditemukan dgn seorang make up artis yg menggelarkan diri dia NANA WHY NOT di set penggambaran filem Munafik2. Aku perhati je dia ni..Telatah dia selalu buat aku ketawa.Hahaha ! Dalam hati aku “pecah weiii dia ni” ??? Aku terus test dia,bagi dia dialog minta dia berlakon..Dia pun dgn selamba hembus ! Terus pecah semua orang yang ada kat situ ??? Aku terus ckp kat dia “kau nak berlakon tak?” Dia jawab “WHY NOT” ??? Yes kompom dia ada dalam filem ini..Dia punya lakonan fuh ! World ? . . Filem : TIADA TAJUK Tayangan : 4 APRIL 2019 Terbitan : MAWI WORLD ENTERTAINMENT . . #TiadaTajuk #TontonDanMenang #AplikasiMawiWorld @ekinmawi . . JOM FOLLOW @filembelumadatajuk @filembelumadatajuk @filembelumadatajuk

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


"Aku terus cakap kat dia 'kau nak berlakon tak?' Dia jawab 'WHY NOT!' Yes, kompom dia ada dalam filem ini. Dia punya lakonan fuh," tulis Mawi lagi.

Mungkin ramai yang tak sabar nak tengok lakonan Nana Why Not. Jangan lupa ke pawagam berdekatan anda bermula 4 April ini.

Kredit Gambar: Instagram