“Bagi Masa Suami Main Game Tapi....”- Ozlynn Ajar Para Isteri Bagaimana Mahu Kawal Suami Gamers

Syafiqah Jalal
Mac 31, 2020 13:06 MYT
Pelakon Ozlynn Wati akui menerima banyak soalan daripada ramai pengikutnya terutama kaum isteri tentang bagaimana hendak mengawal suami suka main game.
Ozlynn berkata sebagai isteri yang mempunyai suami ‘gamers’ seperti pelawak Johan, disiplin itu penting dalam apa jua yang mahu dilakukan.
“Gangguan mental lagi rabak dari gangguan fizikal..ramai yang bertanya bagaimana hendak mengawal suami yang terlalu taksub dengan game sehingga mengabaikan keluarga.
“Kepada gamers di luar tak kira lelaki atau perempuan kena belajar disiplin. Bila tak ada disiplin, tanggungjawab pun ke laut dalam nan sepi
“Boleh main game tapi biar kita yang kawal game tu.. bukan game kawal kita,” tulisnya.
Ozlynn berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia menuat naik video lucunya menasihati Johan yang sedang sibuk bermain game di komputer.
Tambah Ozlynn lagi, isteri juga perlu memberi kelonggaran kepada suami untuk mempunyai masa dengan hobi mereka.
“Nampak masalah ni macam kecil tapi sebenarjya impak dia besar ya.
“Buat isteri-isteri, bagikan masa untuk suami main game. Kadang stress, tak apa bagi sahaja tapi tetapkan masa.
”Kalau dah tahu suami korang tu jenis yang tak ada tanggungjawab. Contoh pukul 2 hingga 4 petang masa untuk main game. Sebelum pukul 4 tu ingatkan masa hampir habis, kalau tak paham juga kau tutup je suis.
”Susunkan jadual untuk suami di rumah. Jangan takut untuk bersuara sebab kamu bukan orang gaji suami tapi kamu ‘orang kuat suami’.
“Tapi kalau tak jalan jugak meh bagi IG laki korang aku ‘Up’ kan skali (muat naik) muka dorang yang tak sedar diri tu,” tegasnya.
Ozlynn dan Johan dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
#Pelawak #Johan #Suami #Isteri #Ozlynn Wati #Gamers