Pelakon Norman Hakim akhirnya mendedahkan markah pemilihan pemenang untuk Hero Remaja edisi 2007/2008 yang melibatkan Fizo Omar dan Kamal Adli.

Norman mendedahkan perkara itu di ruangan komen entri yang dikongsi oleh Fizo mengenai kenangan bersama rakan baiknya, Kamal Adli semalam.

Menurut Norman, pemberian markah agak sukar untuk diberikan memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Meh sambung citer sikit... Masa final hero remaja tahun korang, aku la head of the judges. Pening kepala nak pilih korang berdua siapa no.1, siapa no.2.

“Honestly aku bagi point sama je untuk dua-dua just to be fair. End up Kamal menang 1 POINTS bro.

“The rank doesn’t matter bro. Your contributions towards the society DOES MATTER like both of you did. Congrats to both of u! @fizoomar @kamaladli,” tulisnya.


BACA: “Masa Tu Memang Kg.Com La, Cakap KL Pun Bersepah Bau Budu”- Fizo Omar Imbas Kenangan Dengan Kamal Adli

Dalam pada itu, Fizo juga turut membalas komen Norman yang pertama kali mendedahkan keputusan tersebut.

“@normanhakim_786 wah bru reveal ni bro... hehhehe… Tqvm bro as the head judges. After that kiteorang berkerjasama dengan bro @normanhakim_786 for drama and etc.

“Dulu tengok dalam tv je senior abang hero remaja. Alhamdulillah tqvm for the opportunity. Yes, agree menang atau kalau doesn't matter yang penting our contribution back to society. Btw lama tak jumpa bro. Nanti jumpa kita ngopi bro,” balas Fizo.



Terdahulu, Kamal juga merupakan salah seorang dulang boy ketika perkahwinan Fizo dan Mawar pada 10 November 2013.