Penyanyi Shiha Zikir menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-32 baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi Shiha menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Menurut Shiha, pihak label rakaman Todak Music telah bersusah payah mengatur dan merancang kejutan itu buatnya.

Shiha juga meluahkan rasa gembira dan terharu kerana diraikan dengan meriah dan penuh keikhlasan.

"Hari yang buat Shiha nangis teruk..terharu sangat-sangat masih ada yang sudi bersusah payah datang, buat surprise untuk Shiha ni.

"Bagi Shiha, cukuplah dengan effort, keikhlasan dan memori macam ni, akan Shiha kenang sampai bila-bila," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Shiha mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kebaikan buat dirinya.

Semalam hari yang buat Shiha nangis teruk..Terharu sangat2 masih ada yang sudi bersusah payah datang,buat surprise untuk Shiha ni . Terima kasih banyak buat CEO Todak Fusion Mr @ikmalfareeq & Pn @_____nianadia_____ ,Big boss @todakofficial , Bossku @todakmusic Mr @aruleshi ,Mr @brolantodak , CEO todak gaming,Mr @neotodak ,CEO @todakculture ,Mr @tom.todak ,My lovely mum sudi dtg @rohana.ibrahim ,my brother @afzanizamzikir ,artist @todakmusic suara sedap, @razakaai & tq semua yang sudi penat2 datang,deco & set up semalam : @haziqroslee @anuarbjamal @myoivxx @miraaayusri @roslanrashid @rxseadlvhmh (event planner ek..hebattt awk ?) @mirasyahira @firdaus_abidin & semua yg terlibat sorry yg mana x ter TAG tu ??? . Kenangan ni Shiha ingat sampai bila2.Shiha hargai sangat effort setiap sorang dari kalian.Moga Allah beri kebahagian untuk korang dunia akhirat.Aamiin ?? . Venue : @kotakhitamspace rooftop

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Bagi Shiha,cukuplah dengan effort,keikhlasan & memori macamni.Akan Shiha kenang sampai bila2 ??? . Kalau korang kemurungan,please tengok video last skali.Ada dua kemungkinan yang mungkin akan terjadi.Samada korang happy atau korang bertambah murung hahahaha.. . @todakmusic @todakofficial . Venue : @kotakhitamspace rooftop

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


Difahamkan, tarikh hari lahir sebenar Shiha adalah pada 2 November lalu, namun kejutan tersebut diadakan pada Ahad baru-baru ini.

Sekadar info, Shiha mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2005 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.