gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Pelakon The Walking Dead, Kelly Mack Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun
HIBURAN
Suami Temui Penyanyi Lee Min Meninggal Dunia Dalam Rumah
HIBURAN
“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
06/08/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana
Pereka fesyen, Karl Shafek mengakui dia pernah melalui kekecewaaan dalam percintaan sebelum ini.
Jelas, Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 45, dia enggan merasai kesedihan itu terlalu lama dan memilih untuk mencurahkan segala emosi melalui karya dan rekaan busana.
“Sebenarnya saya puas hati dapat melepaskan perasaan. Mungkin orang akan fikir yang saya ini patah hati tetapi sebenarnya ini adalah idea yang saya simpan sekian lama.
“Sebenarnya, saya akui pernah juga rasa kecewa tapi macam mana kita nak gambarkan perkara itu dengan cara berbeza.
“Saya percaya, kalau kita rasa kecewa, adakah kita kena asyik meroyan atau menangis sahaja? Bagi saya, kecewa ini bukan sekadar dalam perhubungan tetapi juga dalam kehidupan.
“Jadi ini (rekaan busana) adalah antara terapi untuk diri saya juga. Dalam erti kata lain, kalau ada kekecewaan yang pernah berlaku sebelum ini, saya curahkan dengan berkarya, melalui buat baju,”katanya kepada Gempak.
Karl berkata demikian ketika ditemui di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2025 ( KLFW2025) di Suria KLCC, pada Rabu.
Selain itu, pengasas jenama Neonate itu juga percaya setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati yang luka akibat kekecewaan.
“Saya rasa puas dengan mencurahkan daripada pengalaman saya. Sebab itulah, salah satu cara untuk kita merawat hati dan diri sendiri selain minta dari Tuhan,”jelasnya.
Sementara itu, mengulas koleksi terbaharunya yang dipentaskan di KLFW di bawah jenama Neonate, Karl berkata, tema yang diangkat ialah Love Story atau Kisah Cinta.
Kongsi Karl, koleksi ini menyelami sisi gelap perhubungan selepas kekecewaan, pengkhianatan dan kegagalan cinta.
“Koleksi ini adalah kisah tentang bagaimana seseorang bangkit semula sebagai individu yang lebih kuat dan bijak selepas dikhianati.
“Ia adalah refleksi terhadap luka lama yang membentuk siapa kita hari ini,” jelasnya.
Kekal dengan DNA streetwear yang menjadi identiti NEONATE, koleksi ini menggabungkan elemen majlis perkahwinan namun dalam tona yang lebih gelap, misteri dan menyentuh emosi.
Topic Berkaitan
#Fesyen
#Cinta
#Karl Shafek
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement