Laman Utama
“Bagi Yang Berada Simpan Sikit Gambar Kemewahan”- Aishah Ajak Ramai Jaga Hati Yang Terkesan Kerana PKP
Penyanyi terkenal, Aishah menasihati agar lebih ramai yang peka akan masyarakat sekeliling serta lebih sensitiviti menjaga hati rakan-rakan yang terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Aishah ia merupakan salah satu cara membantu emosi mereka yang sedang dilanda tekanan dan masalah kewangan.
“Ramai yang keluar hari ini,al maklumlah kami di beberapa daerah di Selangor ni akan berPKP.Cuma agak confuse sekarang dgn SOPnya,nak ikut PKP yang macam mula-mula dulu ke,atau macam PKP 2.0 ke macam mana ya?
“Di dalam bulan yang mulia semoga kita semua diberi kesabaran untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup terutama di musim Covid ini.
“Semua orang merasakan berbagai tekanan,jadi jom kita sama-sama menjaga sensitivity sesama kita.Empathy itu sangat penting.
“Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan. Kalau pun tidak bisa membantu secara fizikal,dengan .menjaga apa yang kita upload di dalam akaun sosial media kita sudah cukup bagus.
“Bagi yang berada dan bahagia,mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar kemewahan dan kegembiraan. Bukan apa,kerana menjaga hati- hati teman-teman yang sedang dilanda kesedihan dan kesempitan,” katanya.
Pelantun yang popular dengan lagu raya, Pulanglah berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.
Tambah Aishah lagi, dia mendoakan agar mereka yang sedang dilanda berbagai dugaan supaya tabah serta dipermudahkan urusan.
“Bagi yang diduga dengan berbagai dugaan,semoga kita bertabah dan bersabar menghadapinya.
“Di media sosial bukan tempat untuk kita 'vent out' segala 'frustration' kita.Sekarang inilah masa terbaik untuk kita mohon pada Allah SWT.
“Take care everyone,tenangkan hati,zikirullah dan Al Quran patut menjadi teman setia kita 24/7.Sebarkan kasih sayang pada semua.....positif minda,fizikal dan spiritual..tapi jangan positif Covid insya-Allah,” nasihatnya.
Kerajaan telah memutuskan perlaksanaan PKP dibeberapa negeri bermula hari ini sehingga lebih kurang dua minggu bagi membendung penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat.