Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bagus Budak Ni” - TokTi Jadi ‘Juri’ Big Stage Di Twitter, Puji Usop & …

Hanafis Haris
30/08/2020 16:20 MYT

Biarpun tidak lagi menjadi juri tetap Big Stage 2020, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap memberi sokongan kepada peserta yang bersaing.

Terbaru, Siti atau lebih mesra disapa Tok Ti memuji persembahan Usop dan Azzam Sham ketika menyanyikan lagu duet pada konsert minggu ketiga malam semalam.

“Bagus dak Azzam ni ye, enjoy je dia nyanyi.

“Mantap Usop ni,” kata Tokti menerusi beberapa posting di Twitter.

Posting tersebut kemudian disokong oleh kebanyakan netizen yang menyifatkan kedua-dua peserta Big Stage itu antara yang menyerlah.

Tidak kurang juga yang merindukan TokTi kembali menjadi juri Big Stage.

BACA: Tiada Lagi TokTi Sebagai Juri Big Stage 2020, Ini Sebabnya ...

Untuk makluman, semalam Azzam menyanyikan lagu Canggung bersama Khai Bahar.

Untuk Usop pula dia membawa lagu Senja Nan Merah berduet bersama Ara Johari.

Bagi konsert malam tadi, Lah Ahmad telah diundang selaku juri jemputan untuk bergandingan bersama tiga juri tetap, Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir.

Sementara Micheall Ang diundang sebagai presiden netizen yang turut memberikan komen dan pandangannya tentang persembahan para peserta dalam konsert minggu ketiga itu.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja







#SitiNurhaliza #BIgStage #Bigstage2020
;