"Bagusnya Bacaan Doa Untuk Arwah Bapa"- Peminat Puji Fazley Yaakob

Amri Hassan
Februari 8, 2018 10:00 MYT
Peminat memuji bacaan doa penyanyi Datuk Fazley Yaakob ketika pengebumian bapanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya.
Menerusi video yang dirakamkan ketika pemergian bapanya dua tahun lalu iaitu 8 Februari 2015, Fazley dilihat sedang membaca doa dengan lancar di tepi pusara tersebut.
Fazley berkongsi video tersebut dan dalam masa yang sama meluahkan rasa kerinduannya terhadap bapanya itu.
Menurut Fazley, dia masih ingat akan pesanan bapanya supaya menjaga ibu serta adik-beradiknya yang lain.
Kerinduannya tidak tertanggung apabila teringat saat-saat terakhirnya bersama bapanya.
Rata-rata netizen memuji Fazley sebagai anak yang soleh selain berpendapat bapanya beruntung kerana mempunyai anak seperti selebriti chef itu.
Bapanya meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan empat anak serta lapan orang cucu.
#Penyanyi #Penyanyi #Chef #Fazley Yaakob