Kemunculan penyanyi berasal dari Korea, Han Byul sebagai juri juara undangan di Konsert Big Stage 2022 Ahad lalu menjadi tumpuan ramai.

Ini kerana pertuturan Han Byul dalam Bahasa Melayu semakin baik.

Tidak hanya di Big Stage 2022, Han Byul juga membuktikan kebolehannya itu dalam segmen Gempak Hit Era bersama penyampai radio, Isha Norsham.

Ketika Isha menemu bual tentang Big Stage 2022, Han Byul juga memahami soalan dan berusaha menjawabnya dengan menggunakan Bahasa Melayu.

“Peserta-peserta semua sangat kuat dan juga bagus-bagus belaka. Saya rasa kagum dengan persembahan semua. Impressive!

“Saya sangat suka persembahan Syafiq sebab saya rasa dia menjadi seorang yang agak berbeza berbanding minggu lalu,” ujarnya menerusi segmen bersama Isha.

Wow! Nampak tak, siap boleh berborak lah dengan Isha!

Dalam pada itu, Isha juga turut bertanyakan mengenai perkembangan terbaharu Han Byul.

Difahamkan Han Byul muncul dengan single terbaharunya berjudul Persona Kamu.

Selain Han Byul, Isha yang juga merupakan hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka.

Dengarkan segmen Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang hanya di ERA.Je