Laman Utama
Bagusnya! Korea Sediakan Pelitup Muka Lutsinar, Bantu Pelajar Pekak
Disebabkan pandemic COVID-19 yang melanda dunia menyebabkan masyarakat diwajibkan menggunakan topeng muka dalam kehidupan harian.
Oleh itu negara Korea mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang mengalami masalah pendengaran dengan mengeluarkan topeng muka lutsinar.
Topeng muka itu bertujuan memudahkan pelajar yang mengalami masalah pendengaran atau pekak memahami komunikasi terutamanya semasa kuliah.
Ini kerana pelajar yang pekak dan kurang pendengaran tidak dapat melihat pergerakan mulut ketika gurunya bercakap sekiranya memakai pelitup muka biasa dan dikhuatiri mereka akan ketinggalan pembelajaran.
Untuk membantu pelajar berkenaan, yayasan Seoul 50 Plus Foundation telah menghasilkan 1500 topeng muka lutsinar dan menyumbangkannya kepada laman pendidikan.
Menariknya 100 sukarelawan telah membuat topeng ini di rumah selepas menerima kit topeng lutsinar dari yayasan.
Yayasan ini akan menyumbangkan 150 topeng kepada Sekolah Kebangsaan Seoul untuk orang pekak dan selebihnya kepada 44 universiti yang menaja pelajar kurang upaya pendengaran.
Sumber: Arirang News
Must-Watch Video