Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bahagia Sampai Syurga & Dikurniakan Anak Soleh Solehah”- Ebit Lew Hadiri Majlis Hari Jadi Nelydia Senrose

Syafiqah Jalal
01/08/2022 00:30 MYT
Baru sahaja pulang dari menunaikan Haji, pelakon Nelydia Senroese diraikan dalam sebuah majlis kesyukuran sempena hari lahirnya semalam.

Majlis ringkas namun tetap meriah itu dihadiri ramai keluarga dan kenalannya termasuk pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew.

Ebit Lew dilihat bukan sahaja menghadirkan diri malah sempat membacakan doa di majlis berkenaan.

Ebit turut memuat naik fotonya yang dihadiri bersama isteri sebaris dengan Nelydia dan suami serta kakaknya Uqasha Senrose dan suami, Kamal Adli.

Foto itu dimuat naik ke Instagram(IG) Story mililknya dan dalam masa yang sama menitipkan doa.

“Selamat hari lahir Nelydia Allah sayang. Panjang umur murah rezeki. Sentiasa dikabulkan semua doa.

“Baik-baik je semua Kamal dan Uqasha. Bahagia sampai syurga dan dikurniakan anak soleh solehah,” tulisnya.

Dalam masa yang sama menerusi satu kemas kini Ebit di IG turut memuat naik foto yang sama dengan kapsyen berbicara tentang huhungan suami isteri.

“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti,” antara nasihatya.

Nelydia dan suami baru sahaja pulang dari menunaikan Haji beberapa hari lalu.

Terdahulu, Nelydia pernah memberitahu tentang kesungguhan suaminya yang memberikan yang terbaik untuk mereka ke tanah suci menunaikan rukun Islam ke lima itu.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

#Birthday #Haji #Adli #Kamal #Senrose #Lew #'Ebit #'Nelydia #Uqasha Senrose',
;