Hiburan
“Bahagia Tengok Abah Sembang, Ketawa Dengan Menantu, Mama…Kita Rindu Mama Sangat” - Bergenang Air Mata Baca Coretan Syahdu Elly Mazlein
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendedikasi nukilan syahdu buat bapa kesayangannya, Syed Hanafi Syed Abdullah.
Turut disertakan bersama nukilan dimuat naik di akaun Instagramnya adalah foto yang merakamkan bapanya sedang memberikan ucapan di majlis perkahwinannya baru-baru ini.
Seperkara yang betul-betul membuatkan peminat tersentuh dengan nukilan tersebut adalah bait-bait ayat melambangkan perasaan gembira dan sebak Elly sebagai seorang anak terhadap kasih sayang yang dicurahkan oleh bapanya sehingga kini.
Selain itu, Elly juga menyatakan rasa rindu terhadap arwah ibunya Sabariah Ahmad yang meninggal dunia akibat sesat nafas pada 11 Mei 2014.
“Kita nampak betapa sayangnya abah dekat suami kita. Bahagia sangat tengok abah bersembang, ketawa, tunggu menantu balik sekolah untuk makan sekali, cerita isu semasa, kerap WhatsApp menantu, bagi hadiah dekat menantu dan paling kita happy bila abah selalu nasihat jaga suami baik-baik.
“Insya-Allah abah, kita akan cuba buat yang terbaik… Kita tahu kita tak sempurna, banyak lagi kita perlu belajar.
“Kita bukan saja nak jadi Isteri yang baik dan taat malah kita pun nak jadi anak yang baik buat abah. Insya-Allah.
“Wahai abah… Terima kasih atas segala yang abah curahkan kepada kita dari baby hinggalah sekarang.
“Alhamdulillah sekarang kita dah punya suami... Insya-Allah menantu dan kita akan jaga abah sampai bila-bila ya. Azlan, kita dan Sara Sefhia akan sentiasa bersama abah.
“Kita sayang abah. Mama... kita bahagia sangat, mama. Mama… kita rindu mama sangat-sangat. Al- Fatihah untuk mama ku sayang,” coretnya.
BACA: Tahniah Kak Lina! Tamat Status Ibu Tunggal, Elly Mazlein Sah Jadi Isteri Papa Awan Nano
Terdahulu, Elly sah bergelar isteri kepada seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.
Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Must-Watch Video