Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan

Mya Amri
29/03/2024 05:04 MYT
Benarlah bagai dikata, dikurniakan jiran yang baik juga merupakan satu rezeki.

Itulah yang berlaku pada penduduk di Setia Eco Templer, Rawang yang gotong-royong menghias kawasan perumahan mereka dengan dekorasi Aidilfitri.

Menerusi video tular berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh @faizal.nayan, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut saling membantu antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama.


Seronok lihat keharmonian jiran

Difahamkan, gotong-royong tersebut merupakan aktiviti wajib yang akan diadakan setiap kali tibanya musim perayaan.

BERITA TRENDING: Jual Kuih Raya, Bella Astillah Bersengkang Mata! - "Rumah Dah Macam Kilang"

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat perpaduan dan budaya kejiranan yang ditunjukkan oleh penduduk di kawasan tersebut.

undefined
Antara komen yang diterima adalah:

“Tahniah penduduk Setia Eco Templer kerana masih mengekalkan perpaduan..seronok tengok,”

“Memang rezeki dari Allah ni dapat jiran jiran yang sepakat tak kira bangsa dan agama. Bukan senang nak dapat jiran yang sepakat macam ni. Seronok lah,”

“Terbaik lah, susah dapat taman macam ni. Kekalkan, harmoni kejiranan, bahagia rasa dapat macam ni,”

BERITA PILIHAN: Astro Sajikan Lebih 180 Program Istimewa Sepanjang Syawal

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 194,000 tanda suka dan lebih 6,000 komen.

#Viral #Raya #Tular #Jiran #Raya 2024 #Dekorasi Raya