Bahagianya Majlis Akikah & Cukur Jambul Serentak Anak-Anak Memey Suhaiza & Abby Abadi

Amri Hassan
Ogos 27, 2018 05:22 MYT
Berseri-seri dan penuh bahagia. Itu gambaran majlis doa selamat, cukur jambul dan akikah anak-anak Memey Suhaiza dan Abby Abadi yang berlangsung semalam.
Bertemakan warna lavender, majlis yang meraikan anak perempuan Memey, Mikayla Delisha Hakim dan anak-anak angkat Abby, Maisara Dayana Fathia dan Muhammad Ayden Mikhail itu turut diserikan dengan berzanji dan marhaban.
Hadir sama pada majlis tersebut, isteri Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida bersama anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
Pasangan Norman dan Memey telah menimang cahaya mata perempuan pertama, Mikayla Delisha Hakim pada 12 Julai lalu.
Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu sebelum ini, dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Manakala, Abby dan suami, Muhammad Faizal mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Ayden Mikhail dan Maisara Dayana Fathia pada awal Ogos lalu.
Abby dan Norman turut mempunyai tiga orang anak bersama iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
Jom tengok foto-foto menarik sepanjang majlis akikah, doa selamat dan cukur jambul anak-anak Memey dan Abby.
#Abby Abadi #Memey Suhaiza #Norman Hakim #Cukur Jambul