"Bahaya Boleh Makan Tuan"- Bela Ular Sawa Bersaiz 'Anaconda', Siap Simpan Bawah Katil? Netizen Seriau! Ada Yang Dah Keluar 'Fatwa'
Hanafis Haris
01/03/2022 03:42 MYT
01/03/2022 03:42 MYT
Kecoh di media sosial apabila tular sebuah video ular sawa yang dibela dan ditempatan di bawah katil dalam sebuah rumah.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, ular berkenaan dikatakan memang dibela oleh keluarga pemilik akaun tersebut.
Menurut individu tersebut, nama ular berkenaan adalah Miko dan sehingga kini haiwan reptilia itu belum pernah menyerang manusia.
"Nama dia Miko guys, Alhamdulillah dia tak pernah serang orang.
"Ular bela yer guys, baru lepas mandikan no kecam, no hate thank you," katanya.
Pun begitu, menerusi ruang komen kebanyakan netizen dilihat agak seriau apabila melihat saiz Miko yang agak besar dan berat.
Malah, ada yang meminta supaya ular berkenaan dibuang segera sebelum ia menyerang tuan rumah.
"Bela ke ni, Allah besar sangat, buang lah bang oi, bahaya ni silap boleh makan tuan ni".
"Besarnya, tak seriau ke simpan ular besar dalam rumah".
"Nampak macam berat ular ni, berani yer letak bawah katil," tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan keputusan keluarga tersebut untuk membela ular di dalam rumah khususnya dari sudut perspektif Islam.
Namun, pemilik akaun itu menyatakan video yang dirakam di dalam rumah itu adalah selepas ular tersebut dimandikan.
Ular berkenaan akan ditempatkan ke tempat asal selepas selesai dibersihkan.
undefined