Gaya Hidup
Bahaya Kahwin Sepupu, Doktor Ini Terangkan Kenapa Ia Merupakan Satu Pilihan Yang Tidak Digalakkan
Seorang doktor menegaskan tentang ‘bahaya’ perkahwinan antara sepupu.
BERITA TRENDING: Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear Haram Kata Ustaz Azhar Idrus
Menerusi perkongsian di platform X, Dr Samhan menerangkan dari sudut sains mengenai kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi oleh keturunan dan zuriat pasangan.
BAHAYA KAHWIN DENGAN SEPUPU SENDIRI!
Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri.
Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.— Dr Samhan (@DoktorSamhan) January 21, 2024
“Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk you all untuk kahwin dengan sepupu sendiri. Dari sudut agama, perkahwinan antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.
“Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat. Jadi kenapa saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri?
“Ia adalah kerana kita dan sepupu kita berkongsi genetik yang sangat dekat. Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik. Jadi lebih tinggi kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik,” tulisnya.
Dr Samhan menambah, persamaan genetik seseorang individu dan sepupunya adalah 12.5 peratus. Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.
“Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko empat hingga enam peratus untuk gangguan genetik resesif autosomal. Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.
BERITA TRENDING: Petinju Ceraikan Isteri Dua Jam Selepas Lahirkan Anak
“Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini, walaupun masih lebih tinggi daripada purata populasi.“Jadi, nasihat saya adalah boleh berkahwin dengan sepupu tapi digalakkan untuk kahwin dengan mereka yang tiada pertalian keluarga dengan kita,” katanya.
Sumber: Twitter
Must-Watch Video