Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bahulu Legasi Keluarga Akhmal Nazri Dapat Sambutan Luar Biasa, "Untuk 'Second Batch' Dah Berganda Tempahan Masuk ..."

Zulaikha Yusof 26/06/2020 | 03:32 MYT
Pengacara dan pelakon Akhmal Nazri, 28, menyatakan perniagaan bahulu yang sedang diusahakan adalah merupakan legasi keluarganya sejak tahun 2007.
Kata Akhmal, dia terfikir untuk mengembangkan lagi bisnes di Kuala Lumpur dengan bantuan tunangnya, penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne.
BACA: Akhmal Nazri Bertunang Dengan Lisa AF 2015 ... Tahniah!
BACA: Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
"Keluarga saya memang ada bisnes bahulu ni dah lama sejak tahun 2007. Sebelum ini, bahulu hanya dijual di kawasan Ipoh ataupun apabila ada tempahan baru dibuat.
"Jadi saya terfikir tahun ini adalah masa yang tepat untuk sambung legasi keluarga. Memang saya, tunang dan ibu bapa yang buat.
"Saya dengan Allyssa memang setiap hujung minggu akan pulang ke Ipoh kerana kilang terletak di sana," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Akhmal yang dikenali dengan watak Jibam dalam drama bersiri komedi, Oh My English!, dia akui idea datang selepas melihat ramai orang industri seni yang mencari pendapatan sampingan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
"Saya faham sejak PKP dilaksanakan ramai yang terkesan terutamanya dari kalangan industri seni. Ramai yang cari pendapatan sampingan, dari situ juga saya tercetus idea untuk buat perkara yang sama.
"Saya pun terkesan juga sebab punca pendapatan saya sepenuhnya dari berlakon dan mengacara. Cuma saya lambat memulakan bisnes ini adalah disebabkan perlu untuk rentas negeri.
"Itu yang sebaik saja Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, saya terus gerak tengah malam dan berbincang dengan keluarga," kata Akhmal.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhd Akhmal Mohd Nazri melahirkan rasa syukur selepas bahulu legasi keluarga mendapat sambutan yang luar biasa.
"Mula-mula tu saya risau juga, ada ke orang Kuala Lumpur yang nak makan bahulu. Mak saya suruh cuba dulu insya-Allah kalau sedap mesti orang akan cari.
"Apa yang istimewanya bahulu ini tak ada bahan pengawet yang digunakan. Untuk first batch, dalam 50 bekas sudah terjual. Masuk second batch, dah berganda tempahan masuk. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan.
"Kami memang buat apabila ada tempahan masuk. Baru rasa sedap dan fresh masa makan. Kalau buat banyak tapi takda yang beli susah juga," katanya lagi.
#Akhmal Nazri #Jibam #Keluarga #Bahulu #Legasi
;